RESB mempunyai kepakaran dalam menguruskan ladang sawit milik RISDA. Ladang-ladang RISDA yang diuruskan RESB terletak di negeri Kedah (1), Perak (5), Negeri Sembilan (6), Terengganu (8), Johor (2) dan Pahang (3). Kini, RESB menguruskan 25 buah ladang dengan keluasan 47,501.97 hektar meliputi kawasan bertanam sawit seluas 37,414.01 hektar dan kawasan yang tidak bertanam seluas 10,087.96 hektar.
Daripada keseluruhan kawasan bertanam tersebut, seluas 29,772.26 hektar merupakan kawasan sawit matang, 4,056.43 hektar merupakan kawasan sawit belum matang, manakala 2,055.86 hektar merupakan kawasan tanam semula. Selain itu, RESB turut menguruskan kawasan pemulihan seluas 1,026.11 hektar, kawasan buluh seluas 97.56 hektar dan kawasan getah seluas 405.79 hektar.
RESB mengamalkan Good Agriculture Practices (GAP) dan mematuhi prinsip-prinsip Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dalam pengurusan ladang-ladang RISDA.
RESB menguruskan 3 buah kilang sawit milik RISDA yang terletak di Ulu Keratong, Pahang, Durian Mas, Terengganu dan Sungai Ambat, Johor. Kilang-kilang tersebut mempunyai kapasiti memproses buah tandan segar (BTS) sebanyak 600,000 metrik tan setahun dengan sumbernya adalah daripada ladang-ladang RISDA dan ladang-ladang luar.