TAHNIAH & SYABAS ZON TIMUR.
Pada 25 Februari 2023, bertempat di Stadium Manjung, Perak telah diadakan Kejohanan Bolasepak 5 Penjuru yang merangkumi Zon HQ, Tengah, Selatan, Timur dan Utara selaku tuan rumah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohammad Zakaria bin Alang Zahari, CEO RESB.
Format kejohanan adalah secara Liga dengan masa permainan 8 minit setiap separuh masa. Zon Timur berkongsi 6 mata bersama pasukan Zon HQ,. Kedua2 pasukan mencatat 3 seri dan 1 kemenangan dan hanya perbezaaan 1 jaringan yang telah menobatkan Zon Timur selaku JUARA dan Zon HQ sekadar berpuashati sebagai Naib Juara. Syabas dan Tahniah kepada Zon Timur atas kejayaan ini. Tempat ke 3 telah disandang oleh Zon Utara, tempat Ke 4, Zon Selatan dan Zon Tengah ke 5.
Syabas dan Tahniah kepada Zon Utara atas penganjuran ini dan juga kepada semua pemain atas semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang berlangsungnya kejohanan. Insha Allah, berjumpa di edisi akan datang.





































































