HARI INOVASI RISDA 2022
3 NOVEMBER 2022 (KHAMIS) @ AUDITORIUM SULTAN AHMAD SHAH, IBU PEJABAT RISDA.
TAHNIAH RISDA ESTATES…terima anugerah JOHAN bagi Kategori Pengurusan Subsidiari Terbaik Anugerah Kualiti Kumpulan RISDA Holdings (KRH).
RISDA pada hari ini telah mengiktiraf warga kerjanya yang menunjukkan hasil usaha dalam penghasilan inovasi bagi meningkatkan hasil mutu kerja dan produktiviti agensi.
Melalui tema “Inovasi Digital Aspirasi RISDA”, Pertandingan Inovasi RISDA telah disertai oleh 16 kumpulan dari seluruh pusat tanggungjawab daripada seluruh negara. Sebanyak 10 kumpulan menyertai pertandingan dalam kategori teknikal, manakala 6 kumpulan dalam kategori pengurusan.
Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Turut hadir Datuk Abdullah bin Zainal, Ketua Pengarah RISDA, Tuan Haji Sopian bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) serta Encik Ali Sabuddin bin Abd Samad, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).
Menurut Dato’ Ramlan, pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif diperlukan oleh segenap warga RISDA dalam memastikan agensi ini terus unggul dan relevan dalam mendukung hasrat kerajaan untuk memperjuangkan taraf kehidupan komuniti pekebun kecil.
Tumpuan harus diberikan kepada ilmu dan kemahiran yang berlandaskan revolusi industri. Pada abad ini, pegawai perkhidmatan awam perlu menguasai kemahiran penggunaan dan penciptaan aplikasi yang boleh memanfaatkan setiap pelusuk masyarakat.
Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Kualiti Peringkat RISDA sebanyak 16 kategori yang melibatkan 7 anugerah bidang Pembangunan, 6 anugerah bidang Pengurusan dan 3 anugerah bidang mengikut keperluan semasa. Anugerah Kualiti bagi Kumpulan RISDA Holdings (KRH) di bawah Kategori Pengurusan Subsidiari Terbaik telah dimenangi oleh RISDA Estates Sdn. Bhd.
RISDA Estates Sdn. Bhd. turut serta menyertai Inovasi Kategori Teknikal dan berjaya mendapat ‘top15’ bagi 2 hasil ciptaan berikut :
LADANG RISDA GERDONG (INOVASI S-WINDMILL) di anggotai oleh : Mohd. Rozali Fazilah, Muhammad Arif Adnan, Abdul Rahman Mat Salleh dan Muhammad Amiruddin Mohd Arsad
LADANG RISDA DAMAK (INOVASI T-TINJAU) di anggotai oleh : Mohammad Haziq Izuddin Che Ali, Md. Yuzli Yusof dan Dafit Krisdian Putra Tumari.
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA KERJA RISDA ESTATES.