Lokasi RISDA Eco Park terletak di Daerah Batang Padang, Mukim Slim. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Eco Park yang terletak di Ladang RISDA Ulu Slim mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Tanjung Malim. Jarak dari Tanjung Malim ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 30 km. Manakala jika dari Ipoh lebih kurang 1 jam 45 minit (masa perjalanan) melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Slim River. Jarak dari Slim River ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 23 km.

Ladang RISDA Ulu Slim berkeluasan 2,234 hektar dan dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi. Kawasan ladang ini dikelilingi oleh hutan simpan berlatar belakang banjaran titiwangsa di mana sungai -sungai yang tidak tercemar mengalir melalui kawasan ladang. Kawasan sekitar pula didiami oleh perkampungan tradisi Melayu dan orang Asli. Di samping itu, terdapat punca air panas berhampiran kawasan ladang iaitu di kawasan Kg. Pasir, Ulu Slim.

KEMUDAHAN & FASILITI

Kemudahan yang disediakan di RISDA Eco Park adalah seperti :-

  • 20 unit kabin yang boleh menempatkan 120 orang, dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil (6 katil / kabin), penyaman udara, kipas dan tandas (dalam kabin).
  • Fasiliti lain seperti pancuran air, Gazebo, tempat rehat / berkelah, kawasan berpasir yang sesuai untuk melakukan ‘outdoor games’ dan ‘Shuttle Tractor’ iaitu kenderaan yang boleh digunakan di Eco Park dan melawat sekitar kawasan Eco Park.
  • 3 Kolam memancing ” catch & release “.
  • Kawasan tapak perkhemahan.

AKTIVITI DI RISDA ECO PARK

Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di RISDA Eco Park adalah seperti :-

  • Sesuai untuk perkelahan secara berkumpulan atau melakukan aktiviti santai bersama keluarga.
  • Sesuai untuk aktiviti sukaneka ( ‘telematch’ ).
  • Sesuai untuk mengadakan kursus-kursus secara ‘Hands-On’.
  • Sesuai untuk menjalankan aktiviti-aktiviti lasak seperti menunggang kenderaan ATV, ‘Jungle Tracking’ Lata Berembun dan sekitarnya serta ‘Fyling Fox’ yang dikendalikan oleh penyelia yang berpengalaman.

Sesuai diadakan aktiviti-aktiviti lasak di sepanjang sungai seperti ‘white water rafting’, ‘mountain bike’s’, ‘fourwheel drive’, ‘water tubing’, ‘paintball’ dan pelbagai lagi.

PAKEJ PENGINAPAN

1. Rumah Penginapan Akademi (5/6 katil)
2. Kabin Eco Park (20 kabin) – boleh menampung 120 orang

  • 1 kabin 6 orang
  • Kemudahan riadah
  • Pelbagai menu masakan
    *dengan harga yang berpatutan

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :

PAKEJ ECO 1 : RM360/Pax

  • Penginapan 2 hari 1 malam
    di Akademi RISDA ESTATES
  • Makan / Minum
  • River Rafting
  • Jungle Trekking
  • Pengangkutan

PAKEJ ECO 2 : RM150/Pax

  • Penginapan (Khemah)
  • Makan/minum
  • ATV

PAKEJ ECO 3 : FREE & EASY

1. Penginapan :

  • Rumah : RM 200/hari
  • Kabin : RM 130/hari
  • Khemah (1 unit) : RM 25/hari

2. Makan/Minum : RM 40/hari
3. River Rafting : RM 180/pax

4. Kayak : RM 120/hari
5. ATV (30 minit) : RM30/pax
6. Jungle Trekking : RM15/pax
7. Fishing : RM10/day
8. Motorcross : RM50/jam
9. Flying Fox : RM20/sesi
10. Paint Ball : RM60/pax (250 Pellet)

Maklumat lanjut hubungi :

En. Noorazlan bin Abd Rahman : 013-337 1386
En. Khairul Fahmy bin Mohd Wali : 013-787 8877

Anda juga boleh menghubungi atau membuat pertanyaan melalui borang ini.